BEAR HILL
Petang-petang daki bukit, sambil cuci mata. ramai je orang sekitar sini yang daki sama.
Okay kali ini saya nak cerita sikit tentang bukit di Melaka, tempat rekriasi Bear Hill atau nama melayu dia bukit beruang. Hanya segelintir orang yang tahu tentang bukit ini, terutama orang disekitar itu.
Cantikkan? tapi sebelum nak dapat tengok kecantikan ni kena penat dulu lah. Bukit yang agak tinggi di Melaka tapi tak boleh lah nak lawan bukit bukit yang ada dekat malaysia ni.
Okay nak cerita pasal perjalanan untuk ke bukit, selalunya orang luar yang datang mesti tak jumpa pintu masuk untuk naik ke puncak bukit. Tapi korang semua boleh je pusing pusing taman tu, nanti jumpa lah tu. Bagi yang membawa kenderaan ada tempat letak kereta/motorsikal di lereng bukit ni.
Maklumat pada pendaki baru datang ke sini, permulaan pendakian agak landai, lepas sahaja selekoh pertama ianya curam hingga ke puncak. Diatas sana terdapat tiang telekomunikasi juga tempat untuk lihat pemandangan. terdapat 2 jalan onroad offroad, kalau nak lalu hutan nak ingatkan dekat korang "jangan sesat" malu lah kalau sesat. Bukit ni hutan dia ciput je.
Petang-petang daki bukit, sambil cuci mata. ramai je orang sekitar sini yang daki sama.
Terdapat banyak tempat menarik yang terdapat di melaka ini, bagi orang
melaka yang tak tahu lagi mengenai bukit yang ada ini rajinkan diri
jelajah negeri ini, bagi orang luar melaka dijemput datang kesini.
Comments
Post a Comment