pengkalan balak

Pengkalan Balak, tempat percutian warga tempatan untuk meluangkan masa pada hujung minggu. Untuk mereka yang ingin bercuti atau melancong ke Pengkalan Balak untuk beberapa hari anda tidak perlu risau kerana disepanjang pantai tersebut terdapat banyak chalet serta homestay murah untuk pelancong menginap. Juga pantai  yang bersih amat sesuai untuk menenangkan diri



Pada hujung minggu, kebiasaannya susur jalan di pantai Pengkalan Balak selalunya agak sesak pada waktu petang. ini kerana ramai yang beriadah disana. Seterusnya, jika anda  orang melaka, tinggal di bandar seperti di Air Keroh perjalanan untuk ke Pantai Pengkalan Balak mengambil masa  dalam 40 ke 60 minit jika bukan pada hari hujung minggu, ini kerana melaka terkenal dengan lampu isyarat yang banyak dan jalann yang sesak. bagi mereka yang  datang dari KL boleh sahaja melalui Port Dickson
Pantai Pengkalan Balak juga terdapat tempat tempat menarik untuk mengambil gambar serta jika langit kelihatan cerah ia dapatlah anda untuk melihat matahari terbenam. Sambil melihat matahari terbenam boleh juga nikmati makanan di gerai gerai yang ada di persisir pantai tersebut.juga disini terdapat private beach ini kerana pantai ini jika dilihat boleh dikatakan panjang dan terdapat rumah rumah kampung, homestay yang terdapat di tepi pantai tersebut  serta membuatkan tempat yang tertutupbagi mereka yang perlukan privasi

yang menariknya di sini terdapat gerai cocunut shake serta terdapat gerai yang menyediakan makanan seperti nasi goreng pantai, selain itu pelancong dapat merasai suasana kampung jika berada di pantai ini, secara langsung pada mereka yang datang boleh mendapat ketenangan





Bagi mereka yang sukakan melakukan aktiviti riadah Pantai Pengkalan Balak juga ada tempat menarik untuk beriadah contohnya, bagi mereka yang ingin berkelah atau berkhemah terdapat tapak perkhemahan disediakan, serta aktiviti memancing pada mereka yang kaki pancing boleh juga memancing disini kerana ramai sahaja pemancing yang ada disekitar sini, serta dengan kepanjangan pantai ini ada juga yang berjogging.




akhir kata, percutian di Pantai Pengkalan Balak amat menyeronokkan, dengan kos yang agak murah anda boleh menikmati pelbagai keistimewaan di sini. jadi, apa tunggu lagi?



Comments

  1. Baccarat | Casino & Poker - FEBCASINO
    Baccarat is an exciting table game that allows you to make winning bets without exceeding 바카라 양방 the bet limit. The game is played for all players. Baccarat allows you to

    ReplyDelete

Post a Comment