SKY TOWER MELAKA

THE SHORE SKY TOWER DAN SKY DELI


 Terdapat lagi satu tempat menarik untuk dikunjungi kepada yang ingin meluangkan masa di Melaka bandaraya bersejarah ini. THE SHORE, salah satu tempat membeli belah serta condominium yang menyediakan satu tempat menarik dimana pada para pengunjung dapat melihat seluruh bandar Melaka yang dikelilingi sungai, sangat menarik perhatian.

Dengan menyediakan satu ruang, tempat riadah diatas bumbung banggunan pada mereka yang ingin melihat kecantikan seluruh negeri Melaka dari atas. 



 

Dengan bayaran RM25 sekepala anda dapat melihat panorama negeri Melaka. Pengalaman saya disini pada awalnya terasa gayat takut juga mahu melangkah tapi demi RM25 terpaksalah melangkah juga.


  Lepas saja lalu jambatan diatas, terlihat kolam ikan diatas kepala, sangat mengagumkan bukan?

 
  Seterusnya, di sini juga terdapat laluan cermin kaca yang menampakkan sampai kebawah jadi yang gayat dan ingin pergi ke sini kuatkan semangat.










  Setiap penjuru disediakan teropong pada pengunjung untuk melihat gelagat orang melaka dibawah.

  Tapi tertanya-tanya? apakah benda in => 
tengok macam tempat orang kahwin kan..
 



 


 Okay kita teruskan lagi dengan SKY DELI dimana ia adalah  restoran mewah yang berada bersebelahan dengan kaunter  tiket sky tower, 
 Makan sambil melihat suasana Melaka pada waktu malam, sesuai juga jika anda ingin membawa teman anda, makanan yang sadap banyak menu yang terdapat disini dengan harga yang sesuai dengan tempatnya.
 Abang pergi hari tu, makan dekat sini, makan seorang, dua hidangan dicaj RM 64 jika tidak silap. dengan layanan yang baik dari pelayan. tengok balik terasa lapar pulak. haha
 














 Akhir kata, disini adalah antara tempat menarik yang terdapat di Melaka. Jadi jangan terlepas untuk melawati Sky Tower, Sky Deli The Shore Melaka.

Comments

Post a Comment